fbpx

Lelaki ditemui mati depan HSAH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang lelaki yang ditemui di perhentian bas Jalan Lencongan Timur berhadapan HSAH, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki ditemui mati di perhentian bas Jalan Lencongan Timur berhadapan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.

Mayat lelaki yang berasal dari Skudai Johor itu ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di atas kerusi batu dengan kesan lebam pada mata kanan dan calar pada kaki kira-kira pukul 11.05 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa sebelum itu dimasukkan ke wad HSAH pada Isnin lalu akibat kecederaan pada kepala dan lebam di mata serta mendapat jahitan di bawah mata.

“Mangsa keluar wad pada Khamis lalu dan datang semula ke HSAH hari ini bagi mendapat rawatan kerana mengadu sakit lutut.

“Pemeriksaan lanjut dengan pihak HSAH mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa dipercayai akibat dipukul,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil semakan mendapati tiada sebarang laporan polis yang dibuat mangsa berkaitan kes pukul dan mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI