fbpx

Lelaki ‘tertendang’ anak kecil di dasar kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ketika bercuti dengan mandi-manda di tempat pelancongan, ibu bapa diingatkan agar tidak leka dan sentiasa mengawasi anak-anak agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti lemas dan sebagainya.

Menerusi perkongsian sebuah gambar oleh Nik Azwan Mustapha di laman sosial Facebook baru-baru ini, dia telah berhadapan satu situasi cemas apabila ada seorang kanak-kanak yang lemas ketika sedang mandi di dalam kolam.

“Kejadian berlaku betul-betul di depan mata saya tadi, mak dan ayah gadis ini tidak dapat di kesan selama 20 minit akibat terlalu ramai pengunjung di musim cuti ini.

“Terkejut apabila seorang lelaki tertendang anak kecil perempuan ini ke dalam dasar kolam dewasa, keadaan budak perempuan itu sudah tidak sedarkan diri kerana lemas,” katanya dalam posting Facebook tersebut.

Menurutnya lagi, kanak-kanak perempuan itu berjaya disedarkan selepas melakukan proses bantuan pernafasan (CPR) selama 20 minit dan pemuda itu juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak ketika bermain air semasa percutian.

“Alhamdullilah, selepas 20 minit buat CPR dari orang awam budak perempuan ini sedar semula, mungkin dia baru lemas dalam dua atau tiga minit sebelum di temui orang ramai.

“Nasihat saya kepada kedua ibu dan ayah di luar sana, Mohon pantau anak-anak masing-masing ketika bermain air semasa percutian kerana tidak mahu insiden seperti ini berlaku lagi,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai mahu ibu bapa lebih peka dengan persekitaran tempat anak-anak mandi manda.

“Tolonglah jadi mak ayah yang sentiasa perhatikan anak itu, jangan lalai tak kira anak itu dah besar atau kecil. Saya memang akan beremosi betul kalau jadi macam ini, sedih kalau terjadi benda buruk,” kata Jue Arill.

“Pada tahun 2019 saya pernah tarik seorang kanak-kanak lelaki lemas dekat kolam yang sama, waktu itu mulut dah berbuih tapi alhamdulillah budak itu selamat,” jelas Hanafiah Ali.

Perkongsian tersebut mendapat lebih 1,400 reaksi dan dihujani lebih 1,600 komen di media sosial Facebook.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI