fbpx

Remaja lemas terjatuh di tebing laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat M.Sharvin ditemui kira-kira 30 meter dari lokasi batu pemecah ombak di Pantai Puteri, Melaka hari ini.

MELAKA – Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika berjalan di atas batu pemecah ombak di Pantai Puteri, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa, M. Sharvin, 16, ditemui kira-kira tiga jam kemudian oleh Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pegawai Kanan Bomba II, Mohd. Khairul Nizam Mohd. Anwar berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.40 pagi dan seramai 21 pegawai dan anggota ke lokasi.

“Setiba di lokasi kita dapati terdapat seorang remaja lelaki dilaporkan telah lemas oleh ahli keluarganya dan operasi penyelamatan dilakukan anggota PPDA.

“Mangsa berjaya ditemui kira-kira tiga jam kemudian pada jarak 30 meter daripada batu pemecah ombak tempat mangsa terjatuh,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa dipercayai terjatuh ketika air laut pasang sebelum mayatnya ditemui tersangkut di dasar laut yang berlumpur.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI