fbpx

Malaysia belum menang – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (tiga dari kanan) ketika meninjau kelengkapan kesihatan di Klinik Kesihatan (Jenis 3) Penambang, hari ini. /FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Malaysia masih belum dapat diisytiharkan sudah memenangi perang terhadap Covid-19, namun sudah berada di ambang kejayaan dalam menangani pandemik tersebut.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penggunaan katil untuk pesakit Covid-19 di seluruh negara ketika ini turun kepada kira-kira 40 peratus, sekali gus melegakan petugas barisan hadapan.

Tegasnya, bagaimanapun, kejayaan itu hanya mampu dicapai jika rakyat terus mengamalkan norma baharu terutama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Saya tahu rakyat sudah gelisah tidak mahu pakai pelitup muka, namun besar harapan saya supaya kita terus berjuang melawan Covid-19.

“Barisan hadapan mampu menarik nafas lega sedikit selepas sekian lama mereka berhempas-pulas memerangi Covid-19.

“Bagaimanapun rakyat jangan sekali-kali leka, hargai jasa dilakukan barisan hadapan negara ini,” katanya ketika merasmikan Klinik Kesihatan (Jenis 3), Penambang di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin.

Dalam perkembangan lain, Khairy Jamaluddin memberitahu, sebanyak 31 projek pembangunan fasiliti kesihatan diluluskan di Kelantan membabitkan kos RM623 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI