fbpx

Fenomena air pasang jejas 31 rumah di Sabak Bernam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir akibat air pasang besar yang melanda beberapa kawasan di Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM – Sebanyak 31 rumah dan kedai penduduk di sekitar daerah ini dilimpahi air akibat fenomena air pasang besar dalam kejadian pagi tadi.

Kawasan itu melibatkan Dataran Pantai Batu 23 Sungai Nibong, Dataran Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO), Kampung Baharu dan Kampung Nelayan.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN) menerusi kenyataan memaklumkan, kejadian itu berlaku antara pukul 4 hingga 5.30 pagi.

“Semua rumah dan kedai penduduk yang dilanda banjir masing-masing 15 di Dataran Pantai Batu 23 dan Dataran Pantai BNO.

“Bagi Kampung Baharu, hanya sebuah rumah dinaiki air dan turut melibatkan jalan utama berdekatan,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, limpahan air berkenaan hanya berada pada paras antara 150 hingga 300 milimeter (mm).

“Air mula surut bermula pukul 8 pagi dengan keadaan telah beransur pulih tanpa melibatkan sebarang pemindahan mangsa.

“UPNN mencadangkan agar langkah menaik taraf benteng pantai dan meninggikan jalan di kawasan berkenaan sebagai penyelesaian jangka masa panjang,” ujarnya. – K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI