fbpx

Kakitangan hospital, ahli farmasi jadi mangsa scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Dua individu terpaksa berputih mata apabila hasrat mereka untuk membuat pinjaman peribadi lebur apabila tertipu dengan pinjaman tidal wujud di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kes pertama membabitkan kakitangan hospital pada 3 November lalu yang membuat pinjaman peribadi berjumlah RM20,000 dengan sebuah institusi perbankan dan menghantar pesanan melalui aplikasi whatsApp kepada wanita bernama Jenifer Wong di talian 0196537438.

“Lelaki berusia 39 tahun telah melakukan transaksi online melalui Maybank2u sebanyak RM1,000 di nombor akaun 1312541100020035 Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Henry Fung untuk proses ‘scoring’ dan disusuli dua lagi transaksi berjumlah RM1,000 untuk proses seterusnya.

Chang Hook.

“Mangsa memindahkan wang lagi ke nombor akaun yang sama atas pelbagai urusan sehingga kerugian RM6,000. Mangsa merasa tertipu kerana telah diminta membayar RM2,000 untuk membuka akaun dan segera membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kedua pula membabitkan seorang ahli farmasi yang mengalami kerugian sebanyak RM2,589 setelah tertarik dengan iklan pinjaman peribadi daripada laman google dengan nama Syarikat Great Profits Resources beralamat di Klang, Selangor.

“Mangsa telah menghubungi seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp atas nama Nurliyana Syafika Sabri untuk membuat pinjaman peribadi berjumlah RM5,000.

“Pada hari yang sama, mangsa diarahkan untuk melakukan transaksi sebanyak RM489 melalui nombor akaun 155041750763 (Maybank) atas nama Mohammad Radzi.

“Kemudiannya mangsa telah diarahkan untuk memasukkan lagi wang dan mula merasa tidak sedap hati lalu membuat semakan di portal ccid.rmp.gov.my,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI