fbpx

Bekas penembak negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSLIFAH

PETALING JAYA – Negara kehilangan sebutir bintang dalam arena sukan selepas bekas penembak negara, Muslifah Zulkifli disahkan meninggal dunia pagi tadi akibat radang paru-paru.

Berita pemergian arwah yang juga jurulatih skuad menembak Wilayah Persekutuan itu turut dikongsi Majlis Sukan Negara (MSN) dalam laman media sosial badan induk sukan kebangsaan sebentar tadi.

Sebagai rekod, Muslifah, 35, pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dengan kejayaannya meraih pingat gangsa Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan

Ketika itu, Allahyarham memenangi tempat ketiga bagi acara rifle 50 meter (m) prone berpasukan wanita bersama Nur Suryani Taibi dan Ayuni Farhana Halim.

Selain itu, Allahyarham yang pernah berada dalam Program Podium dari 2015 hingga 2017, juga pernah beraksi pada temasya Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.

Dalam pada itu difahamkan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, George Town, Pulau Pinang kira-kira pukul 1.30 petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI