fbpx

Alami ‘Happy Hypoxia’, Shahrulezad bersyukur kuarantin di Maeps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PETALING JAYA – Selepas empat hari dijangkiti virus Covid-19, pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin mengalami gejala ‘Happy Hypoxia’ yang memerlukannya memakai alat bantuan oksigen.

Pendedahan tersebut dibuat pengarah drama Nur itu apabila memuat naik gambarnya memakai alat bantuan oksigen dalam Instagramnya sebentar tadi.

“Hari ini tahap oksigen saya menurun ke angka 94. Menurut doktor mungkin disebabkan virus Covid telah serang paru-paru, jadi menggangu tahap oksigen saya.

“Doktor bimbang saya alami sindrom ‘Happy Hypoxia’ yang sangat bahaya untuk pesakit Covid. Ia dipanggil pembunuh senyap dalam keadaan pesakit tengah ‘happy’ agaknya.

“Mungkin nampak normal, tiada sesak nafas, boleh berjalan seperti biasa tetapi tanpa sedar kadar oksigen dalam badan sudah kritikal. Tahu- tahu jatuh pengsan dan mati begitu sahaja,” ujar Shahrulezad.

Justeru Shahrulezad turut mengesa orang ramai supaya memiliki alat bacaan tahap oksigen iaitu Oximeter di rumah.

“Sebab itu setiap daripada kita wajib ada satu alat Oximeter di rumah masing-masing untuk menyukat tahap oksigen.

“Sekurang-kurangnya tahap oksigen tidak kurang daripada 95. Bawah 95 segera jumpa doktor walaupun rasa sihat dan tidak sesak nafas,” ujarnya lagi.

Dalam hantaran yang sama, Shahrulezad turut meluahkan rasa syukur kerana memilih  Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) sebagai tempat kuarantin.

Berbanding kuarantin di rumah, pengaraha drama yang masih bujang itu berasa lebih selamat di kelilingi kelengkapan perubatan dan petugas kesihatan yang memantau tahap kesihatannya sepanjang masa.

“Saya bersyukur memilih Maeps sebagai tempat kuarantin. Di sini petugas barisan hadapan cekap, sepanjang masa pantau keadaan saya.

“Kalau kuarantin di rumah mana hendak dapat mesin oksigen ini,” katanya.

Terdahulu pada 2 November lalu, Shahrulezad terpaksa menghentikan penggambaran drama Khilaf Asmara yang dibintangi Fasha Sandha, Nelydia Senrose dan Fattah Amin selepas dia dan beberapa pekerja produksi disahkan positif virus Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI