fbpx

CCTV pantau kelakuan si pengotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada rakaman CCTV memaparkan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di Lorong Tembikai, baru-baru ini.

TELUK INTAN – Berdepan dengan sikap pengguna pengotor yang menjadikan tabiat membuang sampah secara tidak teratur sebagai gaya hidup menjengkelkan masyarakat lain.

Justeru, bagi mengatasi isu tersebut Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) mengambil inisiatif dengan memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mudah alih berkuasa solar di kawasan tumpuan untuk menjadi mata dan telinga.

Bahagian Komuniti dan Perhubungan Awam MPTI dalam satu kenyataan memberitahu, langkah itu juga diambil berikutan desakan masyarat yang mahu tindakan diambil terhadap penduduk yang bersikap pengotor.

“Pemasangan CCTV mudah alih berkuasa solar telah dibuat di kawasan Lorong Tembikai bagi memantau dan memburu individu yang membuang sampah secara sengaja di kawasan tersebut.

“Pihak MPTI akan cuba menangani masalah pembuangan sampah haram ini dengan meletakkan beberapa unit CCTV lagi di kawasan longgokan sampah yang kritikal,” ujarnya.

Sementara itu, inisiatif pihak MPTI ini mendapat respons baik daripada penduduk setempat yang mahu isu berkaitan pembuangan sampah diambil tindakan tegas.

Seorang penduduk, Ritchie Leong memuji usaha tersebut dan pada masa sama mencadangkan lebih banyak tong sampah awam di lokasi yang sesuai.

Mior Nizam Mior Nazarudin pula berkata, pihaknya mahu pemasangan CCTV berkuasa solar diperluaskan di lokasi tumpuan di Hilir Perak sebagai usaha mendidik masyarakat mematuhi undang-undang. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI