fbpx

Netizen berpantun bersama DBP bertema siakap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serangkap pantun yang dikongsi di laman Facebook DBP.

PETALING JAYA – Akaun Facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak semalam meriah apabila pengguna media sosial berbalas pantun bertemakan ikan siakap.

Melalui satu hantaran semalam, DBP berkongsi serangkap pantun ‘Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri’, berlatar belakangkan lauk ikan siakap.

Tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata pengguna media sosial memenuhi ruang komen hantaran tersebut dengan berkongsi kreativiti masing-masing mereka pantun.

“Siakap senohong gelama ikan duri, siakap tak berbohong cuma yang jual dan beli kena hati-hati,” balas Suria.

“Siakap masak tiga rasa, sayur kailan rasa tawar, kalau credit card tak ada, alamat makan tak berbayar,” ujar Zabidah pula.

“Siakap senohong gelama ikan duri, kalau nak murah, baik masak sendiri,” kata Umi.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah dikongsi lebih 900 kali dan mendapat 405 komen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI