fbpx

Seorang maut, dua cedera kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut manakala dua yang lain cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik malam tadi. /FOTO IHSAN BOMBA

TAWAU – Seorang wanita maut manakala dua yang lain cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Jalan Kampung Gudang 4, dekat sini malam tadi.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Tawau.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.58 malam.

“Kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai terbabas sendiri.

“Empat mangsa terlibat dan seorang wanita disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi yang berusia 20 dan 19 tahun diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Tawau.

“Manakala seorang lagi wanita berusia 19 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir di sekitar kawasan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi tamat pukul 9.52 malam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI