fbpx

47 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 47 kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di seluruh negara sebanyak 29,202 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan kes BID terkini sebanyak 5,907 kes,” menurut maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (16), Johor (6), Selangor (5), Terengganu (4), Kedah (3), Kelantan (2), Kuala Lumpur (5), Perak (2), Pahang (2), Melaka (1) dan Sabah (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 66,240 kes aktif melibatkan 51,406 kes dikuarantin di rumah, 8,698 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,587 kes di hospital, 267 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 282 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 4,922 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,075 kes), Sabah (554 kes), Sarawak (496 kes), Johor (405 kes), Kelantan (398 kes), Kedah (297 kes), Pahang (267 kes), Perak (258 kes), Terengganu (238 kes), Negeri Sembilan (227 kes), Pulau Pinang (227), Kuala Lumpur (201 kes), Melaka (201 kes), Putrajaya (37 kes), Perlis (22 kes) dan Labuan (19 kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI