fbpx

5 negeri beralih ke Fasa 4 PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan lima buah negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 8 November ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 setelah mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, katanya, remaja berusia bawah 18 tahun yang telah lengkap divaksin dibenarkan memasuki stadium bermula 8 November ini.

“Individu lengkap vaksinasi bagi semua peringkat umur dibenarkan memasuki stadium termasuklah semua fasiliti sukan dan syarat ini dimasukkan di dalam SOP,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hishammuddin menjelaskan pengurusan stesen kuarantin hotel akan beralih kepada stesen kuarantin swasta.

Katanya, ia berdasarkan Garis Panduan Pembukaan, Pengoperasian dan Pemantauan Stesen Kuarantin Swasta yang disediakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan akan bermula tujuh hari selepas diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19, hari ini.

“Kutipan kos operasi Covid-19 berjumlah RM2,600 per pengembara bukan warganegara dimansuhkan manakala caj bagi stesen kuarantin masih berkuat kuasa dan caj yang dikenakan stesen kuarantin swasta adalah pada kadar yang sama (pakej standard) seperti sebelum ini yang berkuat kuasa pada 15 November depan.

“Kos kuarantin bagi tujuh kumpulan warganegara Malaysia yang dikecualikan bayaran caj kuarantin ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

Tambahnya, ujian ulangan saringan pengesanan Covid-19 akan diselaraskan oleh KKM menerusi Jabatan Kesihatan Negeri atau Daerah yang berkaitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI