fbpx

Tidak diterima bekerja kerana miliki nama ‘Squid Game’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ellery menggunakan nama samaran ‘Squid Game’ bagi beberapa akaun media sosial miliknya. - Instagram

LONDON – Seorang pemain permainan video atau gamer yang bekerja dalam industri pengiklanan hilang kerja gara-gara dia menggunakan nama samaran ‘Squid Game’, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Lydia Ellery, 32, menggunakan nama samaran ‘Squid Game’ menerusi akaun rangkaian televisyen Twitch dan Instagram miliknya sejak 11 tahun lalu.

Namun, kemunculan siri televisyen Netflix dengan nama serupa baru-baru ini menyebabkan Ellery turut terkena tempias populariti siri dari Korea Selatan itu apabila menerima komen negatif daripada orang ramai.

“Saya menerima kecaman dan tidak diterima bekerja kerana mempunyai nama samaran Squid Game,” katanya.

Tambahnya, nama squid yang digunakan pada beberapa platform online miliknya itu dipilih Ellery secara spontan dan rakan-rakannya juga memanggil dia dengan panggilan ‘squid’.

Kini, orang ramai menyangka akaun Instagram milik Ellery adalah akaun rasmi siri Squid Game.

“Saya menerima mesej daripada beberapa individu yang memarahi saya kerana menganggap saya telah mencuri nama Squid Game daripada siri tersebut,” katanya yang menambah, dia terpaksa mengubah nama rasmi bagi akaun Instagramnya biarpun sudah menggunakan nama Squid Game selama lebih satu dekad.

Malah, Ellery yang berkhidmat dalam bidang periklanan juga berdepan kesukaran dalam kerjaya apabila klien enggan berurusan dengannya kerana menganggap dia mempunyai kaitan dengan siri televisyen yang memaparkan aksi ganas itu. 

“Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku dan menyesal,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI