fbpx

Adegan intim dirakam, Han So-hee tak rela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAN SO-HEE

KENYATAAN aktres Han So-hee mengenai babak intim dalam drama terbaharunya, My Name baru-baru ini mengundang perbualan hangat netizen dalam laman sosial.

So-hee ketika ditemu bual bersama satu program televisyen memberitahu, adegan intimnya bersama aktor Ahn Bo-hyun hanya diketahuinya sewaktu sudah sampai di set penggambaran.

“Saya hanya mengetahui mengenai adegan intim tersebut semasa penggambaran sedang berlangsung.

“Pada mulanya, saya terfikir adakah perkara tersebut okey dan saya benar-benar boleh lakukan. Saya sebenarnya malu dan tak rela lakukan adegan tersebut.” katanya.

Rentetan isu itu tersebut, syarikat pengurusan aktres berkenaan iaitu 9ato Entertainment menjelaskan, komen itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

“Kami ingin menjelaskan salah faham berikutan komen So-hee ketika temu bual yang memberi tanggapan bahawa penggambaran adegan intim siri My Name tidak dipersetujuinya.

“Komen So-hee telah mengundang salah faham kepada penonton dan kami ingin menjelaskan proses belakang tabir bagi membetulkan keadaan,” kata kenyataan tersebut.

9ato Entertainment turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi yang boleh menjejaskan tayangan drama berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI