fbpx

Dua jam tangkap ular sawa batik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ULAR sawa batik yang berjaya ditangkap anggota APM di sebuah padang golf di Meru Raya, Ipoh hari ini.-Foto IHSAN APM

IPOH – Seekor ular sawa batik seberat 80 kilogram (kg) berjaya ditangkap di sebuah padang golf di Meru Raya di sini hari ini.

Kehadiran reptilia berukuran 5.4 meter itu disedari pada pukul 12 tengahari oleh orang awam.

Ketua Shift Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta, Leftenan Muda (PA) Mohd. Nazri Sulaiman berkata, sebaik tiba pihaknya mendapati ular itu sedang berlingkar dalam semak di tepi padang golf.

Katanya, keadaan ular itu yang agresif dipercayai kerana lapar menyebabkan operasi menangkap mengambil masa hampir dua jam.

“Reptilia itu berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas dan dibawa ke pejabat APM Daerah Kinta sebelum dilepaskan ke habitat asal,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI