fbpx

Pembangunan semula Kampung Baru Karak secara holistik -Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddun Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli meninjau lokasi kebakaran di Kampung Baru Karak di Bentong hari ini.

BENTONG – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu pembangunan semula Kampung Baru Karak di sini yang musnah dalam kejadian kebakaran baru-baru ini dikaji secara menyeluruh dan holistik khususnya dalam aspek keselamatan.

Seri Paduka Baginda bertitah, aspek keselamatan yang perlu dikaji termasuklah jarak rumah sedia ada yang terlalu dekat, sistem longkang dan saliran, bekalan elektrik dan kegunaan air untuk bomba pada waktu kecemasan.

“Ini akan memberi sedikit sebanyak berita baik kepada semua mangsa kebakaran di sini untuk mempunyai keyakinan iaitu dapat bangkit daripda musibah ini, Insya Allah projek ini siap dalam masa terdekat.

“Tadi saya dengar sedikit rayuan terhadap kerajaan tentang peraturan-peraturan, saya yakin kerajaan negeri dapat pertimbangkan,”katanya selepas mencemar duli meninjau dan menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Baru Karak di sini hari ini.

Yang turut berangkat sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam pada itu, baginda turut melahirkan penghargaan kepada barisan petugas termasuklah Pegawai Daerah, bomba dan semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa kebakaran di kampung tersebut.

Baginda turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan memakai pelitup muka serta mengambil suntikan vaksinasi Covid-19. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI