fbpx

Air pasang di Selangor terkawal, tiada pemindahan mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemantauan air pasang besar dijalankan bomba dan agensi terlibat di sekitar Selangor pagi tadi.

SHAH ALAM – Fenomena air pasang besar di Selangor masih dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang pemindahan mangsa banjir dilakukan setakat ini.

Pemantauan di sekitar Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam mendapati air berada di bawah paras 5.6 meter (m) serta tidak mengakibatkan limpahan air yang teruk.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, operasi pemantauan menyeluruh itu dijalankan pihaknya bersama beberapa agensi lain bermula pukul 5 pagi tadi.

Katanya, beberapa lokasi yang dikenal pasti termasuk melibatkan jeti itu antaranya di sekitar Kapar, Pulau Ketam, Pulau Carey, Sekinchan dan Tanjong Karang.

“Berdasarkan laporan, air pasang masih berada bawah 5.6m dan hanya sebahagian air melimpah ke kawasan berdekatan.

“Paras air bagaimanapun surut mulai pukul 6.20 pagi dan tiada pemindahan mangsa dilakukan di semua daerah terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI