fbpx

Pelanggan ‘sesak nafas’ siakap harga kayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Resit yang menunjukkan harga hidangan ikan siakap di sebuah restoran di Langkawi yang dimuat naik seorang pelanggan di Facebook semalam.

PETALING JAYA – Percutian sebuah keluarga ke Langkawi baru-baru ini meninggalkan memori yang tidak akan dilupakan apabila hidangan tengah hari mereka berjumlah RM 1738.70.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang wanita berkongsi gambar bil yang menunjukkan harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal dan dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan.

“Dalam menu ada tulis RM18 bagi ikan, saya tanya apa? Dia (pekerja) beritahu harga bagi 100 gram ikan. Jadi harga bagi satu kilogram (kg) ikan adalah RM180.

“Dia cakap siakap itu besar, okeylah sebab 10 orang makan tetapi tidak beritahu beratnya mencecah 6kg,” katanya.

Menurut pengguna tersebut, dia berasa seolah-olah ditipu dan minuman yang dihidangkan iaitu air tembikai yang sangat mengecewakan.

Wanita itu memberitahu, sebaik hidangan sampai, dia terkejut dengan saiz ikan tersebut yang sesuai dimakan oleh dalam kumpulan yang ramai bukannya 10 orang.

Sebelum ini Kosmo melaporkan kisah yang hampir sama berlaku bagi sekumpulan individu apabila mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat anggaran 7kg semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI