fbpx

Wanita meninggal dunia sewaktu mendaki bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Farhan Lee

SEMPORNA – Seorang wanita disahkan meninggal dunia ekoran sesak nafas ketika mendaki bukit Bohey Dulang semalam.

Dalam kejadian pukul 10.13 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Rozlina Sharina Rosedi, 40, dikatakan melakukan aktiviti riadah berkenaan bersama rakannya.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan mengalami sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri ketika sedang melakukan pendakian.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berkenaan disedari kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) yang kemudiannya memberi bantuan kecemasan.

“Mangsa telah dihantar ke unit kecemasan Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut namun selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tawau untuk tujuan bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Farhan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI