fbpx

V Shem-Juan Shen perlu masa serasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUAN SHEN (kanan) yakin gandingannya bersama V Shem mampu memberi cabaran sekali gus berada dalam kelompok 20 terbaik dunia.

BEREGU lelaki profesional negara, Goh V Shem-Low Juan Shen nampaknya memerlukan lebih banyak masa untuk menampilkan aksi lebih baik apabila tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan badminton Terbuka Hylo, Jerman malam kelmarin.

V Shem-Juan Shen yang baru membentuk gandingan Ogos lalu akur dengan kekalahan 21-19, 19-21, 15-21 kepada pilihan kelapan dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han pada aksi selama hampir satu jam.

Juan Shen mengakui, dia kecewa dengan kekalahan itu, namun percaya masih ada beberapa perkara positif yang boleh diambil memandangkan mereka kini dalam proses mencari keserasian.

“Secara jujur, sedikit kecewa kerana tidak dapat terus bersaing pada kejohanan ini. Bagaimanapun, kami jadikan kekalahan ini sebagai suntikan motivasi untuk tampilkan aksi lebih baik pada kejohanan akan datang.

“Apa yang pasti, saya dapat rasakan corak permainan kami semakin meningkat dari satu ke satu perlawanan. Saya percaya dengan sedikit kerja keras, kami mampu bersaing dengan beregu terbaik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Justeru, bekas pemain naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu berharap dengan masa yang ada, mereka mampu memperbaiki corak permainan menjelang kejohanan Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia pertengahan bulan ini.

Pada masa sama, Juan Shen juga meletakkan sasaran untuk menembusi kelompok 20 terbaik dunia bersama V Shem kerana yakin dengan kemampuan yang mereka miliki.

“Kami masih perlukan masa untuk hasilkan aksi serta gan­dingan terbaik kerana kami tahu kemampuan masing-masing. Sasaran kami adalah untuk bermain lebih baik serta berada dalam kelompok 20 beregu terbaik dunia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI