fbpx

Harith sasar naik podium di Tangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH (tengah) bersama kru pasukan Tuneboss-Pink Racing akan bersaing pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Tangkak, Johor hujung minggu ini.

PELUMBA Tuneboss-Pink Ra­cing, Muhamad Harith Farhan Baharin tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi pada perlumbaan musim 2021 ini, sebaliknya berbangga dengan pencapaian sulung pasukannya itu dalam kancah perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Harith menegaskan, meskipun pasukan itu masih baharu, namun kejayaan mereka menaiki podium pada saingan CP125 sebanyak dua kali adalah satu pe­ningkatan yang cukup luar biasa.

Justeru, Harith yakin pasukannya mampu meraih satu lagi keputusan positif menjelang perlumbaan pusingan ketujuh di Tangkak, Johor nanti.

“Sudah pasti saya sangat berbangga dengan pencapaian pasukan ketika ini. Meskipun kami masih lagi baharu, namun keputusan yang pasukan jelmakan pada setiap perlumbaan adalah pencapaian sangat baik.

“Saya tidak letak sasaran tinggi, namun ketika berada di litar saya dapat rasakan pasukan ini mampu memberi saingan. Bila dapat naik podium adalah satu bonus bagi pasukan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, dengan baki empat pusingan dan 100 mata untuk dikutip, Harith yakin peluang mereka bersaing merebut tempat kedua dan ketiga keseluruhan masih terbuka.

Harith yang kini menduduki tangga ketujuh dengan 59 mata hanya dipisahkan 35 mata dengan pelumba Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, Fareez Afeez Abd. Rahman yang menduduki tangga kedua.

Sementara itu, pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Syafiq Rosli kini berada di kedudukan ketiga dengan 89 mata.

“Menjelang perlumbaan di Tangkak nanti, pasukan telah melakukan persiapan cukup rapi dan akan terdapat beberapa ­perubahan baharu pada jentera.

“Saya yakin peluang kami untuk beri saingan merebut tempat kedua dan ketiga keseluruhan masih terbuka. Tiada tekanan buat pasukan dan saya akan berikan yang terbaik nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI