fbpx

Wanita dapat tahu teman lelaki curang semasa hari kematiannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sachia mendapat tahu mendiang teman lelakinya curang sehari sebelum pengebumian lelaki itu. - Shutterstock

LONDON – Seorang wanita terkejut apabila mendapat tahu bahawa mendiang teman lelakinya berlaku curang dengan lima  wanita lain hanya  selepas lelaki itu meninggal dunia, lapor laman berita Suara.com.

Wanita dikenali sebagai Sachia itu berpacaran dengan kekasihnya selama enam tahun. Dia  mendapat tahu tentang kecurangan itu sehari sebelum pengebumian mendiang.

“Saya menjumpai telefon bimbit di keretanya dan melihat pesanan ringkas antara dia dengan seorang wanita lain,” kata Sachia.

Ternyata, lelaki itu telah curang selama lebih sebulan. Malah, wanita itu juga tahu tentang kewujudan Sachia dalam kehidupan teman lelakinya itu.

Penggeledahan  seterusnya membongkar bahawa kekasihnya juga bermain kayu tiga dengan empat wanita lain.

“Sejujurnya, saya sedih,  namun saya baik-baik sahaja dan meneruskan hidup seperti biasa.

“Saya enggan membiarkan perkara ini memberi kesan kepada kehidupan saya,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI