fbpx

Blackpink terus cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BLACKPINK

KUMPULAN fenomena Blackpink terus mencipta sejarah menerusi video muzik (MV) single sulung mereka, Boombayah yang diluncurkan lima tahun lalu.

Video tersebut sudah melepasi 1.3 bilion tontonan dalam YouTube. Rekod tersebut merupakan yang pertama dalam sejarah debut kumpulan K-Pop yang dicapai setakat ini.

“Boombayah kini merupakan video muzik ketiga Blackpink yang melepasi 1.3 bilion tontonan selepas lagu Ddu-du Ddu-du dan Kill This Love.

Paling manis, Blackpink yang dianggotai empat orang ahli merupakan satu-satunya artis kumpulan K-pop yang mencapai kejayaan tersebut dengan tiga video muzik berbeza.

Sekadar info, Blackpink meluncurkan video muzik rasmi Boombayah pada 8 Ogos 2016 sekali gus mengambil masa selama lima tahun, dua bulan dan 23 hari untuk mencapai angka 1.3 bilion.

Blackpink memulakan debut pada 8 Ogos 2016 dengan kekuatan empat ahli iaitu Jisoo, Rose, Lisa dan Jennie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI