fbpx

Deepavali bermakna buat Kamalanathan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad (kiri) beramah mesra bersama K. Kamalanathan (kanan) sempena sambutan Deepavali di Desa Sri Wang, Lahat, Ipoh hari ini. - FOTO : ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Sambutan Deepavali kali ini bagi K. Kamalanathan, 63, bersama keluarganya menjadi sangat bermakna apabila mereka bakal memiliki tanah dan kediaman sendiri selepas 10 tahun menanti.

Kamalanathan, bekas pemandu di pejabat Menteri Besar Perak yang bersara pada 2000 akibat masalah kesihatan menzahirkan rasa syukur apabila menerima perkhabaran berkenaan ekoran dia kini tidak mampu bekerja.

Lebih bermakna apabila Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad memberi jaminan bahawa permohonannya akan diuruskan dalam masa terdekat menerusi program Rancangan Kampung Tersusun (RPT).

“Saya benar-benar rasa seronok dan ikhlas dari hati saya tuhan akan merestui semua orang yang membantu saya terutamanya Menteri Besar kerana impian saya memang mahu ada tanah sendiri.

“Saya berjanji pada Menteri Besar selepas dapat tanah RPT dan ada rumah sendiri nanti saya dan isteri akan berniaga menjual makanan untuk menyara hidup,” katanya.

Terdahulu, Kalamanathan dan keluarga menerima kunjungan Saarani di rumah sewanya di Desa Lahat Sri Wang di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI