fbpx

Rekod bersih Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA (kanan) meledak gol pertama Liverpool ketika mereka menewaskan Atletico 2-0 pada aksi di Anfield awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp memuji prestasi luar biasa yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya untuk menempah slot ke pentas kalah mati Liga Juara-Juara ketika saingan peringkat kumpulan berbaki dua perlawanan.

Sebagai rekod, skuad The Reds mencipta sensasi tersendiri selepas mencatat empat kemena­ngan berturut-turut dalam saingan peringkat ‘kumpulan maut’ selepas menewaskan Atletico Madrid 2-0 di Anfield awal pagi semalam.

Kata Klopp, pasukan sepatutnya boleh mencatatkan keputusan yang lebih baik dengan melakar kemenangan besar selepas kelab La Liga itu bermain dengan 10 pemain tetapi kehilangan penyerang utama, Roberto Firmino akibat kecederaan menjejaskan taktikal pasukan.

“Jika Firmino tidak perlu dikeluarkan pada babak kedua, kemungkinan besar kita akan dapat menambah jaringan tetapi secara keseluruhan, saya ber­puas hati dengan apa yang pasukan pamerkan kali ini terutama selepas slot ke pentas kalah mati sudah dapat disahkan.

“Secara peribadi, saya percaya tidak ramai yang beranggapan kami mampu meraih empat kemenangan berturut-turut selepas diundi dalam kumpulan maut tetapi barisan pemain berjaya buktikan tiada apa yang mustahil jika terus mempamerkan rentak konsisten,” katanya.

Sementara itu, Klopp enggan mengulas mengenai keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada pertahanan Atletico, Felipe sebaliknya mahu memuji prestasi Trent Alexander-Arnold yang berjaya mencipta bantuan jaringan buat Diogo Jota dan Sadio Mane.

“Saya tidak pasti sama ada Felipe patut dilayangkan kad merah tetapi berdasarkan pandangan awal, kad kuning lebih sesuai. Namun, saya lebih berminat untuk katakan tentang prestasi Arnold yang membuat dua hantaran menarik yang berjaya disudahkan Jota dan Mane,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI