fbpx

Lelaki pukul orang awam ada masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi seorang lelaki yang menyerang orang ramai di sebuah pusat beli-belah di Tebrau City, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Lelaki yang didakwa memukul orang awam dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Tebrau City di sini 30 Oktober lalu disahkan mempunyai rekod masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, keputusan itu hasil siasatan dijalankan pihaknya susulan menerima laporan kejadian pukul berkenaan.

“Ya benar, polis ada menerima dua laporan berhubung kejadian pukul sepertimana video yang tular di laman sosial, satu berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah pada pukul 3.30 petang dan di sebuah hospital kerajaan pada pukul 6.30 petang.

“Semasa tangkapan, pihak kita telah memberikannya ubat penenang sebelum dirujuk ke hospital psikiatri dan semakan suspek ada rekod masalah kesihatan mental,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter @hfzmnn telah membuat ciapan berkongsi sebuah video menunjukkan seorang lelaki yang didakwa kurang siuman memukul orang awam di pusat membeli-belah di Tebrau City di sini.

Video pendek yang berdurasi 20 saat itu menunjukkan seorang lelaki menendang orang awam di kawasan tempat letak kereta sambil diperhatikan oleh pengawal keselamatan.

Jelas mangsa, sebelum kejadian itu dirakam, beliau telah ditumbuk lelaki itu di bahagian muka secara tiba-tiba.

Perkongsian video itu menarik perhatian netizen yang berasa bimbang terhadap keselamatan mereka.

Sementara itu, seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalaman ditendang oleh lelaki tersebut dan memijak cermin matanya sehingga pecah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI