PUTRAJAYA – Sebanyak 5,713 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 2,492,343 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow dikemas kini sekali gus, selepas tengah malam,” katanya dalam ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – K! ONLINE