Oleh ALWANI ZAFIRAH
PETALING JAYA – Penduduk di empat buah negeri termasuk Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah diberi amaran hujan lebat dan ribut petir.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran tersebut diramal berlaku di beberapa kawasan di setiap negeri yang terlibat.
“Di Perak, kawasan yang dijangka akan mengalami hujan lebat beserta ribut petir ialah di Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Manakala di Selangor, cuaca yang sama turut diramal berlaku di kesemua kawasan Hulu Selangor”, katanya di sini tadi.
Tambah MetMalaysia dalam kenyataannya, ramalan tersebut turut melibatkan beberapa kawasan di Sarawak seperti di Kuching, Kapit (Belaga), Bintulu (Sebauh), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Katanya, cuaca buruk tersebut diramal akan berlaku sehingga pukul 4 petang hari ini.
“Sementara itu, keadaan yang sama turut diramal berlaku di Sarawak yang melibatkan kawasan di Kuching, Kapit (Belaga), Bintulu (Sebauh), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang”, jelasnya lagi.
Selain itu di Sabah, kawasan yang turut dikenakan amaran hujan lebat dan rebut petir ialah di Pendalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Kudat (Pitas dan Kudat). – K! ONLINE