PETALING JAYA – Sekumpulan warga Pakistan yang dikatakan sedang menonton siaran langsung perlawanan kriket pasukan negara mereka telah membuat bising di Nilai 3, Negeri Sembilan.
Satu klip video yang dikongsi di laman sosial TikTok itu menyaksikan kumpulan warga Pakistan terbabit membuat bising dan bersorak dilaporkan di sebuah kedai makan.
Video yang dikatakan dirakam pada 24 Oktober itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan menyifatkan mereka ini sudah mula besar kepala.
“Kalau ada yang tinggal di Nilai mesti tahu macam mana warga Pakistan ini besar kepala. Ada juga anak muda kita yang bercinta dengan mereka ini.
“Dah buat macam tempat sendiri, mana ada hormat para penduduk setempat,” jelas JulaiBertamu.
“Selagi ada duit, selagi itu mereka sedap buat Malaysia macam tempat mereka. Mana tindakan jangan pilih bulu sangat.
“Bukan apa, risau benda yang tak mahu berlaku nanti. Komuniti mereka makin ramai, dengan Covid-19 pun tak habis lagi ini,” kata Khaimanz. – K! ONLINE