fbpx

Ambulans bawa pesakit terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Alor Setar-Butterworth tadi.

SUNGAI PETANI – Sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer (km) 63 Jalan Alor Setar-Butterworth, di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 malam itu, pesakit berusia 62 tahun serta pembantu perubatan dan pemandu ambulans tidak mengalami kecederaan.

Pemandu kereta pacuan empat roda jenis Mazda BT50 yang merupakan seorang wanita berusia 43 tahun dan penumpangnya seorang lelaki berumur 42 tahun juga tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian itu berlaku ketika ambulans dalam perjalanan dari Tikam Batu menuju ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Ambulans itu dalam perjalanan membawa seorang pesakit ke HSAH yang mengalami sakit dada dan sesak nafas,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda tersebut tiba-tiba datang dari arah hadapan ambulans yang ketika itu sedang bergerak semasa lampu isyarat berwarna hijau.

“Pemandu ambulans tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu hampir lalu berlaku pelanggaran dengan kenderaan berkenaan,” ujarnya.

Menurutnya, pemandu ambulans, pembantu perubatan dan pesakit tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum mereka dibawa ke HSAH menggunakan ambulans lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI