fbpx

Selangor FC sah slot suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Dzulazlan (kiri) berjaya mengawal bola daripada disambar oleh penyerang Selangor FC, Mohd. Nor Hakim (kanan) pada perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan, hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pasukan Selangor FC mengesahkan slot ke pusingan suku akhir Piala Malaysia setelah mencatatkan menang tipis 2-1 ke atas Kuching City pada aksi Kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam tadi.

Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim muncul Wira pasukan apabila jaringan minit akhirnya menghadiahkan kemenangan buat Red Giant pada minit akhir permainan.

Tindakan ketua jurulatih, Karsten Neitzel yang merehatkan beberapa pemain utama menyaksikan Red Giants terpaksa berhempas pulas sebelum meraih tiga mata berharga ke atas pasukan tuan rumah.

Bermain di stadium tanpa kehadiran penyokong, juara 33 kali itu terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-18 hasil jaringan Danial Asri menerusi tandukan menewaskan penjaga gol, Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Gerakan yang dihasilkan menerusi serangan di sayap kiri menyaksikan Alexander Ameyaw mudah melepasi kawalan pertahanan sebelum membuat hantaran lambung yang mudah disempurnakan Danial.

Pada minit ke-25, Kuching City dinafikan peluang penalti setelah Michael Ijezie dilihat dijatuhkan dalam kotak penalti setelah terdapat sentuhan Sharul Nazeem Zulpakar.

Danial hampir menambah jaringan pada minit ke-27 namun percubaannya yang menewaskan penjaga gawang berjaya diselamatkan pemain pertahanan bagi mengelak gol dibolosi.

Peluang gol pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim hadir menerusi percubaan Joseph Kalang Tie namun rembatannya tepat ke dakapan penjaga gol.

Kuching City mendatangkan resah buat juara musim 2015 itu apabila Ijezie menyamakan kedudukan pada minit ke-67 ketika pasukan pelawat membuat pertukaran pemain.

Tersentak dengan jaringan itu, Neitzel membawa masuk pemain utama di bangku simpanan untuk mencari peluang untuk memburu gol kemenangan namun The Cats bertahan dengan baik bagi mempertahankan kedudukan.

Pada akhir permainan, gawang Kuching City akhirnya bolos selepas rembatan Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim terbias pemain pertahanan Rames Lau Ban Huat. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI