fbpx

KL City, Sarawak United sama handal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Romel Morales berjaya menjaringkan dua gol untuk membantu pasukan KL City seri 2-2 ketika menentang Sarawak United di Stadium UiTM, sebentar tadi. /FOTO MFL

SHAH ALAM – Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit untuk mengikat Sarawak United dengan keputusan 2-2 pada aksi Kumpulan A di Stadium UiTM sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad Kenyalang Emas tidak mempunyai masalah untuk mendahului saingan menerusi sepakan jarak jauh yang dilakukan oleh penyerang import, Uche Agba pada minit ke-22.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan pelawat memperkemaskan jentera serangan berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil tandukan Romel Morales pda minit ke-36.

Namun, kegembiraan skuad Warga Kota kendalian Bojan Hodak tidak bertahan lama selepas Agba bijak menyudahkan hantaran Sandro da Silva untuk meletakkan pasukan Sarawak United kembali mendahului berselang empat minit kemudian.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam usaha menambah jaringan tetapi setiap percubaan gagal menembusi gawang jaring.

Bagaimanapun, tuah lebih memihak kepada KL City apabila Morales sekali lagi menunjukkan ketajaman di hadapan gawang gol dengan jaringan kedua peribadi hasil tandukan pada minit ke-74.

Keputusan seri 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan dengan kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi satu mata.

KL City masih kekal menerajui carta Kumpulan A dengan lapan mata manakala Sarawak United di kedudukan kedua dengan tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI