PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 skala richer berlaku di selatan Laut Maluku pada pukul 10.11 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 0.4 darjah Selatan dan 124.1 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).
“Kejadian berlaku di 150 km Tenggara dari Gorontalo, Indonesia.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE