fbpx

PM harap Deepavali menyemarakkan lagi perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada seluruh rakyat negara ini yang beragama hindu.

Beliau dalam satu hantaran di laman Facebooknya berkata, perayaan Deepavali pada tahun ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini.

“Selamat Menyambut Deepavali kepada Keluarga Malaysia yang beragama Hindu. Semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini.

“Sambutlah perayaan dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu.

“Ukirkan senyuman yang lebar dalam pesta cahaya dengan penerapan jalinan kasih sayang sesama kita, sebagai ahli keluarga Malaysia yang dicintai dan disayangi di negara ini,” katanya di sini hari ini.

Rakyat beragama hindu di negara ini akan menyambut perayaan itu esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI