fbpx

Marquez sah tidak sertai GP Algarve

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ mengalami kecederaan kepala ketika sesi latihan menyebabkan dia terpaksa melupakan aksi di GP Algarve hujung minggu ini. - AFP

CERVERA – Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez sah tidak akan turun beraksi menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Algarve pada hujung minggu ini selepas mengalami kecederaan ketika menjalani latihan.

Juara enam kali MotoGP itu terjatuh ketika menjalani latihan off-road pada Sabtu lalu dan akibat insiden itu Marquez dikatakan mengalami kecederaan di kepala.

Selepas beberapa hari berehat di rumah, Marquez dikatakan masih tidak sihat dan Marquez diarahkan untuk menjalani pemeriksaan selanjutkan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Pada Sabut lalu, ketika sedang melakukan persiapan dengan menjalani sesi latihan off-road. Bagaimanapun, Marquez terjatuh dan berlaku kecederaan ringan di kepala (concussion).

“Setelah beberapa hari berehat di rumah, keadaan Marquez masih belum baik sepenuhnya. Hari ini, Marquez menjalani pemeriksaan dan doktor sedang menilai status semasanya.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, Marquez tidak akan menyertai perlumbaan di Grand Prix Algarve minggu ini,” kata pasukan tersebut dalam kenyataan semalam.

Tahun lalu, pelumba kelahiran Sepanyol itu menderita selepas terpaksa berehat selama 10 bulan apabila patah tulang tangan kanannya ketika terjatuh di Grand Prix Sepanyol pada Julai tahun lalu yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun, Marquez dilihat mula mendapatkan rentak tunggangan terbaiknya selepas
meraih tiga kemenangan grand prix sekali gus berada di kedudukan keenam keseluruhan.

Ketiadaan Marquez minggu ini menyebabkan peluangnya untuk menduduki tangga ketiga kategori pelumba secara keseluruhan dianggap musnah. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI