fbpx

Kejar trip punca penunggang p-hailing kerap langgar lampu merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adenan (kanan) ketika memeriksa sebuah motosikal di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya hari ini.

SEBERANG PERAI – Kesalahan melanggar lampu isyarat merah melibatkan penunggang motosikal khidmat penghantaran makanan atau p-hailing mencatatkan kes tertinggi dalam Ops Merah yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang bermula 8 Oktober lalu.

Pengarahnya, Adenan Md. Isa berkata, daripada 236 penunggang motosikal yang dikesan melakukan kesalahan itu, seramai 118 individu adalah penunggang p-hailing.

“Kebanyakan penunggang p-hailing memang nak cepat, jadi mereka selalu akan memecut laju untuk kejar trip.

“Tindakan mereka ini akan meningkatkan risiko kemalangan bukan sahaja terhadap diri sendiri malah pengguna jalan raya lain,” katanya kepada pemberita di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di sini hari ini.

Menurutnya, secara keseluruhannya sebanyak 537 kesalahan telah direkodkan membabitkan penunggang motosikal di negeri ini sepanjang operasi terbabit setakat hari ini.

Adenan berkata, antara kesalahan lain yang turut dikesan semasa operasi itu termasuklah tiada lesen memandu membabitkan 142 kes, melanggar isyarat lalu lintas jalan sehala (25) dan tidak memakai topi keledar (27).

Menurutnya, sebanyak dua kesalahan dikesan membabitkan memandu di bawah umur, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (79) dan lain-lain kesalahan (26). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI