fbpx

2,000 usahawan India dibantu menerusi SITHAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masyarakat India di Selangor terus dibantu menerusi SITHAM. Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Lebih 2,000 masyarakat India memanfaatkan peluang pekerjaan dalam perniagaan dan keusahawan dengan menyertai Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaksanaan SITHAM yang dilengkapi empat program kesusahawanan merangkumi latihan pembangunan usahawan, kursus kemahiran dan pembuatan, bimbingan perniagaan dan bantuan peralatan perniagaan ataupun geran.

“Kerajaan negeri komited membantu kaum berkenaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Jumlah Ketua Komuniti India juga ditambah daripada 48 kepada 62 di negeri ini selepas memikirkan kepentingan hubungan komuniti dalam kalangan masyarakat India,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Deepavali hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November depan turut mengandungi beberapa usaha selaras dengan sektor ekonomi yang sudah mula dibuka.

“Saya pasti peluang pekerjaan menjadi pemberi harapan dan penjamin kelangsungan hidup rakyat.

“Belanjawan yang akan dibentangkan itu nanti diharap mampu memberi penyuntik baharu kepada ekonomi Selangor,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI