PUTRAJAYA – Sebanyak 5,291 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 2,486,630 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – K! ONLINE