fbpx

Insiden SUKE, syarikat pembinaan didenda RM45,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden yang kejadian yang berlaku tapak pembinaan SUKE sehingga menyebabkan 3 maut pada Mac lalu.

KUALA LUMPUR – Akibat gagal memastikan keselamatan sehingga tiga pekerjanya maut dalam insiden di Tapak Pembinaan Projek Penswastaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Mac lalu, sebuah syarikat pembinaan didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman terhadap syarikat Zhongsi International Sdn. Bhd. selepas syarikat tersebut yang diwakili pengurus sumber manusianya, Sim Li En, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mengikut pertuduhan syarikat itu sebagai majikan didakwa telah gagal untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, untuk memastikan pengendalian ‘launching gantry’ (jentera kren gantri) yang selamat semasa kerja-kerja penyenggaraan sehingga menyebabkan kemalangan kepada tiga pekerjanya iaitu Wu Tongzheng, Ding Kunfu dan Jiang Jinbao yang merupakan warga China.

Kesalahan itu dilakukan di 3PT39 sehingga 3PT41, Pakej CA3, Projek Penswastaan Lebuh Raya SUKE CH4200 sehingga CH7800 Jalan Alam Damai, di sini pukul 8.45 pagi pada 22 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut  Seksyen 15(1) Akta keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, OKS yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda ringan atas alasan syarikatnya telah menjalankan langkah-langkah untuk mengelakkan kemalangan berlaku di tempat kerja selain akan memastikan kesalahan tersebut tidak berulang.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdul Rahim Sabri memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum terhadap syarikat tersebut.

“Kes tersebut merupakan kes kemalangan berprofil tinggi sehingga dan telah mendapat liputan media selain telah melibatkan kematian tiga nyawa,” katanya.

Pada 22 Mac lalu, Kosmo! melaporkan tentang kejadian komponen kren jatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya SUKE di Jalan Alam Damai, Chera sehingga menyebabkan tiga warga China maut manakala seorang pengguna jalan raya cedera selepas kereta dipandunya dihempap komponen kren yang terjatuh.

Pada 11 Oktober lalu, dua syarikat pembinaan yang telibat dengan projek SUKE dikenakan penalti berjumlah RM300,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak pembinaan yang mengakibatkan kemalangan maut pada 22 Mac lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI