PUTRAJAYA – Kes kematian melepasi angka 29,000 dengan 29,045 kes dilaporkan, iaitu pertambahan sebanyak 70 kes kematian Covid-19.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada rekod kes kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam.
“Terdapat 15 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 5,879 kes,” demikian matlamat tersebut di sini hari ini.
Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (18), Selangor (11), Kelantan (11), Pulau Pinang (8), Kedah (6), Perak (5), Sabah (4), Johor (4), Pahang (1), Terengganu (1), Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Terdapat 66,862 kes aktif melibatkan 51,472 kes dikuarantin di rumah, 8,988 kes di Pusat Kuaratin dan Rawatan Covid-19, 5,845 kes di hospital, 257 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 300 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,071 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (899 kes), Kelantan (688 kes), Sabah (549 kes), Sarawak (528 kes), Johor (419 kes), Kedah (347 kes), Pulau Pinang (276 kes), Kuala Lumpur (259 kes), Pahang (250 kes), Perak (219 kes), Terengganu (217 kes), Melaka (214 kes), Negeri Sembilan (119 kes), Perlis (54 kes) dan Putrajaya (33 kes) serta tiada jangkitan baharu di Labuan. -K! ONLINE