fbpx

200 pesawah tidak puas hati pemotongan timbangan padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Seramai 200 orang pesawah padi di kawasan Parit Gabis di sini meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap pemotongan timbangan padi yang terlalu tinggi pada musim ini oleh pihak pembeli.

Seorang pesawah, Abdul Rasid Mihat, 47, berkata, pemotongan dalam penimbangan sehingga menjangkau 40 peratus oleh pihak pembeli itu dianggap sebagai satu perbuatan yang zalim dan menganaiya para pesawah padi.

“Kami melalui cabaran yang sangat sukar pada musim ini termasuk serangan serangga yang kuat dan kami terpaksa menggunakan modal yang banyak untuk menghapuskannya.

“Jadi kalau pihak pembeli pun memotong timbangan dengan kadar yang tinggi, keuntungan apa yang tinggal untuk kami?” soalnya.

Sementara itu, seorang lagi pesawah, Muslan Mohd. Napiah, 45, berkata, pihak pesawah turut menghadapi masalah dari sehi pemutuan padi oleh pihak kilang apabila didakwa tidak mengikut garis panduan ditetapkan.

“Kami sangat berharap pihak kilang dapat mengikut kembali garis panduan yang telah diwartakan kerajaan.

“Diharap pihak kerajaan dan kementerian berkaitan dapat membuat pemantauan berterusan dalam isu ini agar tiada lagi masalah potongan timbangan yang tinggi dan pemutuan yang tidak mengikut garis panduan,” katanya.

Katanya, para pesawah juga memohon agar pihak kerajaan mengembalikan semula Bantuan Insentif Menunggu sebanyak RM600 kepada para pesawah padi yang berdaftar seperti yang pernah diberikan kerajaan terdahulu sebelum Pakatan Harapan memerintah.

Semalam, sekumpulan wakil pesawah padi dari Parit Gabis di sini menyerahkan memorandum bantahan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semanggol, Razman Zakaria untuk disampaikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari.

Razman berkata, pihaknya akan memanjangkan aduan ini kepada pihak berkaitan agar ada penyelesaian yang tuntas dalam menangani masalah yang dialami pesawah di kawasan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI