fbpx

Kurus, Alyssa Soebandono diminta tambah berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYSSA SOEBANDONO

PEMINAT Alyssa Soebandono menyarankan pelakon itu untuk menambah sedikit berat badannya kerana dikatakan terlalu kurus.

Menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya, pelakon sinetron Kejora dan Bintang yang kini telah berhijab itu kelihatan sangat kurus seolah-olah berada dalam keadaan tidak sihat.

Bimbang dengan kesihatannya, rata-rata peminat tertanya-tanya tentang keadaan dirinya dan menyarankan supaya Alyssa mengambil makanan tambahan supaya dia kelihatan lebih berisi.

“Kenapa sangat kurus? Semoga Alyssa berada dalam keadaan sihat sahaja,” kata seorang pengikutnya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 29 tahun itu berkata, dia berada dalam keadaan baik dan sihat serta meminta peminat supaya tidak berasa bimbang tentang keadaan dirinya.

“Saya sihat sahaja. Cuma sibuk menguruskan anak-anak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI