fbpx

Minnie masih berada di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINNIE

BEBERAPA hari lalu, tersebar berita mengatakan penyanyi Minnie yang kini berada di Thailand kembali ke Korea Selatan selepas aktiviti kumpulannya, (G)I-DLE dihentikan buat masa ini.

Dia dikatakan pulang pada Ahad lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Minnie berada di Thailand untuk menyambung kerjanya di sana sementara (G)I-DLE direhatkan akibat kontroversi buli melibatkan Soo-jin.

Bagaimanapun, balas agensi Minnie iaitu Cube Entertainment, dakwaan penyanyi itu sudah pulang ke Korea Selatan adalah tidak benar sama sekali.

“Dia masih berada di Thailand dan ada banyak aktiviti yang perlu dilunaskannya di sana,” ujarnya.

Kemunculan terakhir (G)I-DLE adalah pada Januari lalu menerusi EP berjudul I Burn dan trek HWAA.

Mereka kemudian meneruskan aktiviti dengan melancarkan lagu Last Dance bersama lima anggota selepas Soo-jin direhatkan gara-gara terlibat dakwaan kes buli sebelum dia meninggalkan kumpulan itu pada Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI