fbpx

Guna identiti orang lain, lelaki didenda RM2,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharif (tengah) mengaku salah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan kad pengenalan milik orang lain. - IHSAN JPN

JEMPOL – Seorang lelaki mengaku salah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan kad pengenalan milik orang lain.

Tertuduh, yang memperkenalkan dirinya sebagai Sharif mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Muhammad Hidayat Wahab.

Berdasarkan pertuduhan, pada 1 November (semalam) tertuduh telah ditahan dalam satu Operasi Terancang yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Negeri Sembilan kerana menggunakan kad pengenalan milik orang lain atas nama Johari Senin.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990 (Pindaan 2007) kerana tanpa kuasa yang sah memiliki apa-apa dokumen pengenalan selain daripada kepunyaannya yang dikeluarkan di bawah peraturan-peraturan ini.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2500 dan sekiranya gagal bayar, tertuduh dipenjara 4 bulan. Bagaimanapun, tertuduh yang bekerja kampung membayar denda tersebut.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Tengku Noor Hasana Tengku Hashim, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI