fbpx

Tiga pemilik syarikat didakwa ambil deposit haram RM2.14juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Tiga pemilik syarikat pelaburan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menerima wang deposit pelaburan tanpa lesen sah bernilai RM2.14juta, tahun lalu.

Mereka terdiri Mohd. Nasri Abdul Rahim, 35 ; Haswira Aiman Hassan Merican, 29, dan Muhamed Erman Omar Hattab, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Helina Datuk Sulaiman.

Mohd. Nasri turut mengaku tidak bersalah atas dua lagi pertuduhan menerima wang deposit berjumlah RM260,000.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa telah menerima deposit daripada dua lelaki masing-masing berusia berusia 30 dan 35 tahun berjumlah RM2.14juta tanpa lesen sah.

Kesalahan itu dilakukan di Seksyen 7, di sini pada 11 dan 13 Mac 2020 mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).

Bagi dua pertuduhan lain, Mohd. Nasir didakwa menerima deposit daripada dua lelaki masing-masing berusia 33 dan 40 tahun berjumlah RM260,000 di Jalan Setia Alam, Seksyen U13, di sini antara 24 Januari 2020 sehingga 20 Februari tahun yang sama.

Justeru, ketiga-tiga tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa manakala tertuduh diwakili Peguam Ravitharan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM45,000 kepada Mohd. Nasri bagi semua pertuduhan dihadapi manakala Haswira Aiman dan Muhamed Erman sebanyak RM20,000. Sebutan semula kes pada 7 Disember depan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI