PUCHONG – Buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) apabila pasukan penyelamat elit negara itu kini disertai anggota wanita.
Lebih menarik, empat wanita diterima masuk sebagai anggota SMART selepas kesemua mereka berjaya menamatkan kursus asas SMART selama lima minggu berakhir 24 Oktober lalu.
Mereka ialah Avlyanie Moidi, 24; Noor Farahana Ismail, 32; Nurul Fatin Fazlin Bazeli, 25 dan Nur Fitrah Amirah Sohaidi, 24.
Empat wanita itu adalah antara 24 peserta yang berjaya menamatkan Kursus Khas SMART Siri 1/2021 dimana majlis penyampaian sijil tamat kursus disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, hari ini.-K! ONLINE