fbpx

Didenda RM10,000 kerana buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasrul Amran (kanan) didenda RM10,000 kerana mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pegawai syarikat pembekal minyak didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mengemukakan tuntutan palsu bernilai keseluruhan RM139,225 pada lapan tahun lalu.

Hakim Dazuki Ali memerintahkan hukuman demikian selepas tertuduh, Hasrul Amran Mamat, 43, yang juga bekas penolong penyelia syarikat berkenaan membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengemukakan resit palsu bagi mendapatkan lebihan 50,000 liter minyak diesel gantian bernilai RM135,000 dan caj servis berjumlah RM4,225.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Hasrul Amran di pejabat Petronas Maritim, Petronas Cari Gali Sdn. Bhd. yang terletak Pengkalan Bekalan Kemaman pada 18 Ogos 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Irwan Shah Abdul Samat manakala tertuduh pula diwakili peguam, Mohd. Hisham Hashim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI