fbpx

Berahsia soal cinta, Zara Zya janji tak sorok nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DISEBABKAN pernah terbuka perihal kisah cintanya kepada peminat namun hubungan tersebut tidak kesampaian, Zara kini memilih untuk berdiam andainya sudah menemui cinta baharu.

PETALING JAYA – Pelakon Zara Zya mengakui bahawa dia kini memilih untuk menjadi lebih perahsia seandainya dirinya mempunyai kekasih suatu hari nanti.

Ujar Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 36, kepada Kosmo! Online, sebelum ini dia tidak kisah berkongsi kisah cintanya secara terbuka.

Bagaimanapun selepas melalui pengalaman putus tunang, dia kini memilih untuk berahsia andai mempunyai seseorang dalam hidupnya.

“Selagi saya belum berkahwin, orang akan tertanya-tanya saya dengan siapa (bercinta)? Sebab sekarang saya terlalu berahsia, tidak seperti sebelum ini.

“Kalau dahulu memang saya kongsikan (kisah cinta) dengan peminat,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah membintangi drama Korban Kasih itu turut mengakui bahawa dia sebenarnya sudah bersedia untuk berumahtangga seandainya dipertemukan dengan jodoh yang tepat.

“Soal jodoh, sejujurnya saya sudah bersedia untuk berkahwin. Tapi untuk ke arah itu (berumahtangga), bila sudah ada (jodoh) dan pasti, saya akan beritahu juga nanti.

“Sebab sebelum ini orang memang dah tahu kisah saya (putus tunang). Jadi saya tidak mahu perkara sama berlaku. Cuma apa yang boleh saya katakan, doakan sahaja yang baik-baik untuk saya. Insya-Allah bila sampai waktunya, saya akan beritahu nanti.

“Saya bukan orang yang akan sorok pada peminat. Lagi pun siapa yang tidak mahu berkahwin?” katanya ketika ditemui pada sidang media secara virtual drama Mr. Bibik hari ini.

Ketika disoal tentang kriteria lelaki idaman yang dia mahukan, Zara berkata, dia tidak terlalu memilih, namun cukup jika lelaki tersebut mempunyai tanggungjawab untuk menjadi suami.

“Lelaki pilihan? Saya tidak memilih. Kalau ditanya ketika waktu muda, mesti kita akan cakap nak kriteria lelaki tinggi dan baik. Semua orang nak yang baik.

“Tapi sekarang, apa yang saya boleh katakan, saya mencari seorang lelaki yang ada kerjaya, boleh tampung saya sampai hari tua dan boleh membimbing saya di dunia dan akhirat. Itu sahaja.

Terdahulu, timbul desas-desus hubungan percintaannya bersama jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa.

Zara berkata, dia mengakui selesa berkawan dengan Alha dan banyak menghabiskan masa bersama terutama ketika bekerja.

“Jujur kami tiada apa-apa hubungan melainkan rakan baik dalam industri. Dia pun salah seorang jurusolek yang selalu ada bersama saya. Kami berkawan bukan sehari dua malah sudah lebih lapan tahun,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI