fbpx

Ramai kecam penunggang motosikal tendang cermin sisi Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kejadian berkenaan yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal menendang cermin sisi sebuah kereta tular di media sosial.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka yang dikongsi di laman Twitter @mhadnan765 memaparkan, sebuah Perodua Myvi telah memberi lampu isyarat sebelum menukar lorong.

Bagaimanapun, terdapat beberapa motosikal yang dilihat ditunggang laju bertindak membunyikan hon mereka seolah-olah memarahi tindakan pemandu kereta berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila secara tiba-tiba seorang penunggang motosikal bertindak menendang cermin sisi kereta tersebut.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata netizen mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut dan mempersoalkan mengapa kebanyakan penunggang motosikal tetap menunggang motosikal secara melulu walaupun ketika jalan sibuk.

“Aku nampak kereta itu cuba tukar lorong dengan berhemah. Penunggang motosikal sepatutnya menunggang secara perlahan, bukan makin laju sebaik sahaja nampak kenderaan di depan mahu menukar lorong,” kata Jun.

“Kesian pemandu kereta, pagi-pagi nak pergi kerja dengan kena hadap jalan sesak, tiba-tiba cermin sisi kena tendang,” kata Adnan.

“Tak faham kenapa dia sepak cermin sisi? Dah elok pemandu bagi ‘signal’, dan tukar lorong tapi tetap juga ‘rider-rider’ nak bawa laju,” kata Leex.

“Susah kalau penunggang motosikal rasa jalan raya milik mereka seorang. Hidup di bandar, jalan sesak sepatutnya kena bertolak-ansur dan tidak pentingkan diri sendiri,” kata Nana.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 79,000 kali dan mendapat lebih 300 komen daripada orang ramai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI